Tuesday, November 27, 2012

Jaga diri..jaga iman..jaga hati...

Jaga diri kamu..jaga iman kamu...dan teruskan jaga hati kamu..
 Assalamualaikum pembuka bicara...^_^

Jaga Diri.....
Jaga Iman.......
Jaga Hati..........


Bab jaga Diri...........

  •  Jaga diri dari segala maksiat
  •  Jaga diri segala benda-benda x sihat..(Kata kan tidak pada rokok..arak...)
  •  Jaga diri daripada berkawan dengan insan-insan yang membawa kita ke arah kemungkaran
  •  Jaga diri daripada melakukan perkara-perkara tidak berfaedah
Bab jaga iman........

Sukar untuk saya sendiri nak jaga iman saya...
Iman manusia senipis kulit bawang...that true...

Selalu tak hati kita terdetik nak buat baik..terutamanya bila kita join program-program or terdengar pasal  perkara-perkara yang motivasikan kita untuk buat baik...Selalu kan..selalunya time tu jugak azam nak buat baik n tinggalkan perkara jahat tu...tapi........... kadang2 azam hanya tinggal azam....

Tapi.......kita jgn rase down bila kita selalu ade perasaan mcm ni..at least kita patut bersyukur sebab Allah beri kita perasaan rasa ingin berubah..rasa nak bertaubat...Bukan mudah nak jaga iman sbb syaitan dah berjanji akan menghasut anak Adam sehingga hari akhirat nanti...Cuma kalau boleh kita istiqomah dgn segala kebaikan yang kita buat...cuba untuk berubah sikit-sikit...jangan terlalu drastik, takut diri kita x dpt nak terima. Selain tu selalu doa agar Allah tetapkan iman kita dan sentiasa buka pintu hati kita untuk beriman kepadaNya.

Doa ditetapkan iman kita:

" Wahai tuhan kami ! janganlah Engkau jadikan hati kami cenderung kepada kesesatan sesudah Engkau berikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau Maha pemberi."
Surah Al Imran: 8

Janji Allah pada orang beriman

Bab jaga Hati...........

Pernah tak kita semua ada perasaan nak jaga hati orang lain...pernah kan??
Tapi macam mana dengan menjaga hati kita sendiri.
Sukar x or mudah jew....
Saya sendiri sukar nak jaga hati saya sendiri....
Kadang-kadang hati kita selalu sangat nak fikir negatif tentang orang lain...Mudahnya kalau diri sentiasa berfikiran positif..tentunya aman damai la dunia nie...

So untuk latih hati ini sentiasa berprasangka baik:

  • Sangka baik dengan siapa saja..(tapi berpada-pada juga...kalau dengan orang jahat tu faham2 la ye)
  • Kalau ada perasaan x baik kt orang tu cepat2 istifar...
  • Elak salahkan orang lain...Muhasabah diri cepat2..
  • Perbetulkan niat bila buat sesuatu. 
InsyaAllah moga Allah permudahkan segala urusan dengan sentiasa diri ini
menjaga diri..menjaga iman dan menjaga hati


p/s: Jom doa jap untuk mak dan abah kita semua:

^_^
Wasalam................

Hasil nukilan: ainaamirahkeflee...^_^v